Saudara-saudara,
Sekarang saya
akan terangkan secara ringkas sejarah bagaimana dasar masyarakat boleh diubah dan dibina
semula untuk mengujudkan Revolusi Islam dan teknik yang
khusus untuk digunakan supaya mendapat kejayaan.
Sebenamya Islam adalah satu pergerakan untuk membina struktur masyarakat manusia di atas konsep
kedaulatan Ketuhanan. Pergerakan ini mengikuti corak yang sedia ada dalam
sejarah. Pemimpin- pemimpin mereka
terdiri dari
Orang-orang yang dipanggil
Rasalullah
(sa.w.).
Jika kita
mahu memulakan pergerakan ini, kita terpaksa mengikuti qa'idah dan 'amali
yang sama yang diikuti oleh pemimpin-pemimpin itu kerana tidak ada teknik yang lain yang lebih sesuai untuk pergerakan
serupa ini. Tetapi kita akan menghadapi kesukaran yang amat besar apabila kita meniru jalan Rasulullah
(s.a.w.). Kita
cuma dapat sedikit sahaja pengetahuan tentang kerja-kerja dan qa'idah Rasul-Rasul yang terdahulu. Walaupun Al-Quran mengandungi kiasan kerja-kerja mereka tetapi
ianya tidak memberi gambaran sepenuhnya. Kita juga mendapat tahu sebahagian kata-kata Nabi 'Isa ('a.s.) dalam kitab Injil, walaupun kurang
pengesahan tetapi dapat juga memberi cahaya bagaimana pergerakan Islam dapat dilaksanakan pada peringkat permulaan dan apakah masalah yang pasti dihadapi. Tetapi Nabi
'lsa ('a.s.) sendiri tidak melalui peringkat akhir pergerakan itu, jadi kita tidak boleh mendapat apa-apa bimbingan darinya tentang peringkat akhir dan terakhir pergerakan Islam.
Dalam hal ini kita cuma boleh dapat bimbingan yang sempurna dan jelas dari Nabi Mubammad (s.a.w.). Kita
mengambil bimbingannya bukan kerana pengaruh sentimental tetapi kerana
tidak kedapatan punca yang lain untuk mendapat pengetahuan tentang setiap peringkat yang dilalui oleh pergerakan Islam. Di
dalam sejarah pemimpin-pemimpin pergerakan
Islam cuma Nabi Muhammad (s.a.w.) saja yang
menggambarkan secara terperinci setiap peringkat
dan aspek pergerakan Islam dari awal sebagai Rasul hingga ke
akhir sebagai perangka dasar-luar dengan perlembagaan tetap satu polisi
luar dan dalam yang jelas dan organisasi sosial yang teliti. Dari sekarang
saya akan terangkan teknik pergerakan ini.
Saudara telahpun
maklum
apabila Nabi
kita Muhammad
(s.a.w.)
diperintahkan menyampaikan seruan Islam, terdapat problem-problem akhlak, kebudayaan, ekonomi dan politik yang mesti diselesaikan. Terdapat juga dua kuasa besar imperialis yang sentiasa berperang -- Romawi dan Farsi.
Masyarakat 'Arabnya dan negara sekitarnya mengambil sistem klas
dan selalu berperang. Eksploitasi ekonomi dan keruntuhan
akhlak berada di kemuncaknya. Dalam negara Baginda telah sedia ada
masalah-masalah rumit yang mesti diselesaikan oleh
seorang pemimpin. Seluruh negara diseliputi oleh buta-huruf, keruntuhan akhlak, kacau-bilau ekonomi dan permusuhan yang merbahaya.
Kawasan-kawasan
disepanjang pinggir pantai 'Arabia, Yaman
dan
'Iraq
di
bawah kekuasaan
imperialis Farsi -- Majusi, penyembah api. Di Utara
kekuasaan Romawi -- Kristian telah sampai ke sempadan Wilayah Hijaz. Di
Hijaz juga kaum Kapitalis Yahudi telah menubuhkan pusat-pusat perniagaan yang besar dan telah menjerat
orang-orang 'Arab
dengan perjanjian perdagangan secara riba'. Di sebelah Barat terdapat
kerajaan Kristian Abyssinia yang telah melanggar Makkah beberapa tahun
terdahulu. Di Najran
di antara Hijaz dengan Yaman terdapat
satu
golongan orang-orang
Kristian yang mendapat bantuan dari kerajaan Kristian dan mempunyai hubungan
ekonomi
dan politik dengannya.
Sungguhpun terdapat berbagai masalah tetapi Rasulullah (s.a.w.) tidak hairan dengan masalah dunia luar dan yang bersangkutan dengan bangsanya. Dia
hanya menyeru bangsanya meninggalkan tuhan- tuhan lain kecuali Alah dan hanya
menurut perintah Allah sahaja. Ini
kerana bukan Rasul Islam menganggap problem-problem itu
tidak mustahak atau tidak patut mendapat perhatian yang serious.
Anda telah sedia maklum bahawa dia telah memberi perhatian dan menyelesaikan problem-problem
itu satu
persatu.
Sebab kenapa dan mengapa
dia
mengalih
pandangan
dari persoalan-persoalan
penting semasa dan memusatkan kepada seruan tunduk kepada Allah ialah (dari
tasawwur pergerakan Islam)
kerana semua
kejahatan dalam
masyarakat manusia
timbul dari keangkuhan manusia yang menganggap
diri mereka bebas
dan tidak bertanggungjawab dalam lain perkataan mereka mengaku sebagai "tuhan" atau mempercayai tuhan selain dari
Allah sebagai pembimbing dan pemberi undang-undang, sama ada benda itu manusia atau makhluk lain.
Selagi gejala syaitan itu
masih berakar, selama itulah teori Islam tidak akan berjaya menghapuskan
penyakit sosial itu. Kecuali kesalahan konsep yang asas ini diperbetulkan dan manusia sedar kewajipannya kepada Pencipta. Penekanan ke atas kejahatan di suatu tempat
akan timbul di tempat lain di dalam bentuk lain. Jadi untuk
mereformasikan dan membersihkan jiwa masyarakat manusia dari kejahatan, jiwa manusia mesti dibersihkan dari idea kebebasan dan manusia mesti sedar bahawa
'alam yang kita duduki ini ada Penciptanya. Ia diperintah oleh Yang Maha Kuasa, kedaulatanNya
tidak menurut kehendak nafsu manusia atau dipadamkan oleh kekuasaan manusia, juga tidak dapat keluar dari dunia ini
dan mencari perlindungan di tempat lain. Memandangkan kepada faktor dan hakikat ini, anggapan manusia sebagai makhluk bebas, bebas mengikut
kehendak dan ta'qulannya, adalah
satu andaian yang jahil yang tidak dibantu oleh fakta-fakta
dan akibatnya akan menimpa hidung orang itu sendiri. Tetapi adalah suatu hakikat dan kearifan menyuruh manusia
menyembah Allah tanpa ada
sebarang syarat, dan mengaku
dirinya sebagai
hamba kepada
Pencipta --
yang menjadi Tuan, Pemandu dan Pemberi undang-undang.
Amat wajar difahamkan kepada manusia bahawa di seluruh alam ini cuma terdapat satu kedaulatan, Tuan dan Pemerintah.
Tidak seorang pun yang berhak memberi perintah sendiri atau ada perintah
rasmi dari orang lain. Dengan itu,
seorang itu
tidak boleh menyetujui untuk menjadi alat
kehendak orang lain selain dari Kehendak Allah. Tidak
seorang pun di dunia ini layak dipanggil yang Teragung sebab semua Keagungan berada pada Allah. Tidak seorang pun yang boleh dipanggil Yang Suci kerana
kesemua Kesucian berada padaNya. Tidak
seorang boleh dipanggil Yang Mulia
sebab Kemuliaan adalah hak Allah sahaja. Tidak ada yang layak dipanggil Yang Maha Kuasa Kerana semua Kekuasaan kepunyaan Allah. Tidak ada penggumbal undang-undang di
sini atau pemberi undang- undang selain Allah. Tidak ada seorang pun yang boleh mendakwa mengawal dan mengatur hal manusia, mentadbir
keadilan sendiri, memakbulkan
doa dan menolong semasa kesusahan
kecuali
Allah, yang mempunyai kunci kekuasaan dan tidak ada
orang lain yang boleh mendakwa mempunyai
keta'atan mutlak dan tanpa syarat dari manusia.
Semua manusia adalah hamba. Jadi
kita mesti jangan ta'at kepada pemerintah yang tidak ta'at kepada Allah dan jangan berkerjasama dengan orang atau orang-orang yang bertindak bebas dari Kehendak dan Tujuan Allah. Ini
adalah batu hampar bagi segala reformasi. Atas dasar ini
sahaja keseluruhan struktur
kelakuan perseorangan
dan organisasi masyarakat boleh dirancangkan semula selepas meroboh struktur lama, dan semua problem manusia yang timbul akan dapat diselesaikan di masa depan dengan cara baru.
Nabi Mubammad (s.a.w.) secara langsung menyampaikan konsep fundamental
kepada umatnya tanpa apa-apa persediaan awal atau tindakan permulaan. Dia tidak menggunakan cara tidak
langsung di dalam penyampaian
ajarannya.
Misalnya, dia berasa
tidak perlu
membina asas
melalui
cubaan mendapat sanjungan dan
kasih sayang umatnya melalui pekerjaan-pekerjaan sosial dan
kemanusiaan. Tidak juga dia mencari kekuasaan politik melalui jalan belakang kekuasaan pemerintah. Dia tidak pernah membeli undi. Apa yang kita lihat ialah ada seorang yang tampil ke hadapan dan secara langsung memberitahu, "Tidak ada
Tuhan melainkan Allah yang Esa". Dia tidak pusatkan pemandangannya pada benda-benda
lain. Adalah salah memutuskan
cuma keberanian
Rasul atau semangat da'wah bertanggungjawab ke atas nada pengajaran yang langsung dan terus-terang.
Telah menjadi
keliyataan bahawa teknik ini perlu bagi pergerakan Islam . Pengaruh dan Martabat Isam yang didapati dengan jalan
lain tidak berguna kepada
reformasi moral yang dipelupuri Islam. Orang yang berkerjasama dengan anda selain dari asas "Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah"
tidak dapat menolong anda dalam pembinaan semula masyarakat mengikut
garisan (tuntutan) Islam. Dalam pekerjaan penting ini cuma orang-orang yang menyahut bila mendengar "Tidak ada Tuhan melainkan Allah" ( ﷲا ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ )sahaja yang berguna dan mereka ini tertarik sepenuhnya kepada kebenaran ini dan mereka berazam membina asas hidup mereka dan menyediakan diri untuk berkerja pada dasar ini. Sebab itu, kebijaksanaan dan faham amalan praktik yang perliu bagi menguruskan
pergerakan Islam memerlukan permulaan kepercayaan keEsaan Allah.
Konsep keEsaan Allaah bukan sekadar kepercayaan agama. Seperti yang
saya terangkan, keseluruhan
sistem kehidupan sosial yang diasaskan atas konsep manusia itu bebas atau kedaulatan terletak kepada makhluk lain terbungkus dari asasnya dan satu
struktur baharu muncul atas
dasar berbeza dari kepercayaan keEsaan dan kedaulatan Allah. Hari ini
seluruh dunia mendengar Bilal-Bilal melaungkan, "Aku
mengaku tidak ada tuhan lain yang disembah
melainkan Allah" ﷲا ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ نأ ﺪﻬﺷأdan tidak ada orang yang mengetahuinya kerana kedua-dua orang yang memanggil dan
yang dipanggil tidak tahu
makna dan tujuan sebenar di
dalamnya. Tetapi adakah penyataan itu dimaksudkan untuk makna (Juru azan sangat sedar dengan makna ini) --
bahawa seseorang tidak boleh mengakui kedaulatan,
pemerintahan, tunduk kepada undang-undang, menerima keadilan dari mahkamah, menjalankan
suruhan orang lain atau mengikat diri kepada upacara atau adat, menerima keistimewaan, kedaulatan,
kesucian dan kekuasaan oraag lain
selain dari Allah, dan mengistiharkan dirinya sebagai pemberontak kepada pemerintahan
tanpa Tuhan? Anda sudah
maklum
bahawa pengistiharan ini tidak boleh
ditolak walaupun buat satu ketika. Sama ada anda berhajat hendak berseteru dengan orang atau tidak tetapi seluruh dunia akan berseteru dengan anda. Selepas saja anda melaungkan seruan ini anda akan berasa seluruh
dunia dan langit
berpaling menjadi seteru dan anda dikelilingi
dengan unsur-unsur permusuhan.
Keadaan ini telah berlaku kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) apabila dia melaungkan seruan itu. Juru cakap ini telah melaungkan seruan -- ( ﷲا ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ)dengan penuh kesedaran dan pendengar sekelian
faham apa yang dimaksudkan. Oleh itu orang yang ada kaitan dalam berbagai aspek seruan itu
telah bangun untuk menekannya. Padri telah bau
bahaya seruan ini ke atas kekuasaan padri besar. Orang- orang kaya melihat seruan itu
sebagai penghalang kepada timbunan harta dan hidup mewah. Kaum kapitalis sedar bahaya itu kepada cengkaman ekonominya. Penyembah ras dan kaum merasai cabaran kepada kuasa perpaduan yang baharu ini yang akan menghancurkan perpaduan tiran
yang diasaskan
di atas idea kebangsaan. Dan penyembah keturunan bangun dengan berang melihat air hujan yang akan membasuhi cara hidup berketurunan.
Pendeknya setiap orang yang
mempunyai cara
penyembahannya merasai kedudukan mereka terancam dan dengan
gopoh mereka
bersatu,
walaupun fahaman
mereka sangat-sangat berbeza,
untuk menentang gejala yang menjadi ancaman kepada kehidupan tradisi mereka. Dalam keadaan ini cuma orang-orang yang terang jiwa, berkebolehan memaharni dan
menerima keadilan serta sedar bahawa panggilannya adalah panggilan kebenaran dan bersedia
menghadapi maut, kerana keadilan sahajalah yang datang bersatu dengan Nabi Mubammad (s.a.w.) Pergerakan itu
berkehendakkan orang-orang
serupa ini. Mereka datang seorang, berduaan atau berempat. Jumlahnya bertambah bila perjuangan
berkembang. Setengah daripada mereka hilang pekerjaan. Setengahnya dihambat keluar rumah
oleh sahabat, saudara dan kerabat. Ramai yang kena heret di atas pasir yang panas dan yang lain dilempar
dengan batu di
pasar. Ada yang dibuang mata dan ada pula yang pecah kepala. Langkah juga diambil untuk membeli mereka itu dengan perempuan, kekayaan, jawatan, kekuasaan dan apa sahaja. Semua ini berlaku, kalau tidak pergerakan Islam tidak akan kuat dan meluas.
Kebaikan pertama ialah orang-orang lemah peribadi dan was-was
tidak boleh menganggotai barisan ini.
Orang-orang yang datang adalah pati masyarakat yang sangat-sangat diperlukan. Tidak ada qaidah penilaian yang lebih berkesan
dari cara ini. Sesiapa sahaja yang datang menganggotai pergerakan ini akan melalui cubaan ini. Orang yang tidak layak secara automatik dikeluarkan.
Selain dari
itu, mereka yang datang ini
menghadapi kesusahan bukan kerana tamak, kebajikan famili, kaum atau negara tetapi untuk apa
yang difikirkan sebagai kebenaran sejati dan mendapat rahrnat dari Allah.
Kerana ini sahaja mereka dipukul, dibiar mati kelaparan dan menjadi
mangsa penindasan
berat sebelah. Sebagai
hasilnya mereka telah mengembangkan semangat Islam sebenar yang
diperlukan.
Pejuangan itu
membulatkan kelakuan mereka dan menambahkan kejujuran mereka kepada kepercayaan dan tindakan mereka.
Sudah menjadi kebiasaan
bahawa proses latihan secara automatik ini
menyerapkan mereka dengan
semangat Islam yang sejati. Bila seseorang datang dengan keunggulan (ideal) yang tinggi dan melalui penderitaan
penyeksaan, pemulauan, kemelaratan dan
kesusahan kerananya, semangat keunggulan itu akan memenuhi
hati dan jiwanya
dan seluruh orang perseorangan
itu bertukar kepada menyukai
keunggulan dan tujuan itu. Untuk menyempurna
dan mempercepatkan perubahan, sembahayang
diwajibkan ke atas pergerakan baru untuk memusatkan jiwa mereka kepada satu tujuan - satu-satunya objek di
dalam hidup mereka. Dengan mengulangi pengakuan
kedaulatan Allah yang mereka anggap sebagai Berdaulat, akan bertambah keyakinan mereka kepada
kebijaksanaan Allah dalam
penguasaan
Hari Akhirat dan kelebihanNya dari makhluk, kerana mereka terpaksa bekerja di bawah arahanNya. Idea keta'atan kepada Allah adalah mustahak untuk mengelakkan pengaruh luar.
Di satu pehak, ahli-ahli pergerakan
Islam sedang menjalani proses latihan, di satu pehak yang lain perjuangan itu sendiri memberi dorongan kepada pergerakan itu. Apabila orangramai melihat dengan mata sendiri bahawa nuraka
ditutup kepada pengikut-pengikut
Muhammad
(s.a.w.) dan
mereka dipukul, dipenjara dan dihalau keluar dari rumah, mereka tertarikh untuk mengetahui perkara itu dengan lebih mendalam lagi. Dan apabila mereka mengetahui
bahawa mereka ini diseksa
bukan kerana perempuan, kekayaan atau
harta, tetapi kerana memiliki satu "kebenaran baru"
yang mereka pegang teguh dengan jujur dan hidup mereka
tidak ada motif tamak, orang ramai dengan sendiri mencari apa yang dimiliki mereka yang dengan senang hati menghadapi segala kesusahan
dan kecelakaan.
Dan bila orang ramai dapat tahu insan-insan itu
cuma mempercayai kepada keEsaan
Allah, bahawa kepercayaan itu telah pun membuat satu revolusi yang agong kepada hidup mereka sehingga mereka
sanggup membuang segala kesenangan masyarakat dan
dengan suka hati membuang semua prospek kejayaan di dunia kerana kebenaran dan kejujuran. Di dalam hal ini mereka sedia mengorbankan nyawa mereka, harta benda dan keluarga mereka. Satu cahaya baru menerangi segala kekeliruan dan salah
faham. Di dalam latar belakang kesengsaraan orang-orang yang benar, yang melihatnya pun tertarik kepada pangakuan kebenaran. Inilah sebabnya orang-orang yang tidak dikelabui perasangka keagamaan dan kepentingan
diri telah tertarik kepada pergerakan ini. Segolongannya terus sahaja tertarik
dan
segolongan lagi menunggu
beberapa
ketika. Tetapi
lambat-laun
orang-orang
yang cintakan kebenaran
memasuki pergerakan itu.
Sementara itu ketua pergerakan Islam
itu, telah
menunjukkan prinsip pergerakan itu dan tujuannya. Setiap kelakuan,
kata-kata
dan
gerakan
pemimpinnya bernafaskan
semangat
keIslaman yang sebenamya dan
memperlihatkan implikasi sepenuhnya dalam kehidupan hari-hari. Persoalan ini berkehendakkan perbincangan yang detail yang tidak dapat dilakukan di sini kerana kekurangan ruang tetapi saya akan sebut beberapa hal
penting. Isterinya Siti Khadijah (r.h.a.) adalah seorang wanita fang terkaya di Hijaz dan Rasulullah (s.a.w.) berniaga dengan modalnya. Apabila Rasulullah (s.a.w.) mulai
aktif dalam da'wah Islam , pemiagaannya pun tergendala dan apabila dia giat mengajar, pemiagaannya terhenti sama sekali
dan terus bengkerap. Apa yang ada pada mereka
habis dilaburkan ke dalam jentera penda'wahan
kepercayaan
baharu itu. Sehingga
sampai
ke detik
baginda tidak ada wang hendak membeli Kaldai untuk membawanya
ke tempat tujuan di Taif di mana pada suatu masa dahulu baginda adalah raja dalam pemiagaan.
Orang-orang Quraisy mempelawanya takhta Kerajaan Hijaz dan mereka akan terima beliau sebagai raja
mereka. Mereka menawarkannya seorang wanita yang paling cantik di'Arabia
sebagai isteri dan segala kekayaan dengan syarat dia
berhenti dari da'wahnya. Tetapi orang yang bangun untuk menyelamatkan manusia menolak semua pelawaan itu dan tinggal di dalam kekasaran, kecaman dan kekejaman bangsanya. Pemimpin-pemimpin Quraisy dan 'Arab berkata "Ya Muhammad'. bagairnana
kami' hendak duduk bersama-sama anda dan
mendengar anda bercakap pada hal
setiap masa anda berada bersama hamba, orang-orang miskin dan melarat? Anda mengumpul ke sekeliling anda orang- orang yang kami anggap sebagai
klas bawahan dalam masyarakat kami. Singkirkan mereka dan kami akan masuk
kumpulan
anda." Tetapi orang yang muncul
untuk
menyamakan yang
kaya dengan
miskin, yang tinggi dengan rendah, menolak penyingkiran yang miskin untuk kepentingan yang kaya.
Di dalam masa perjuangannya Rasulullah (s.a.w.)
tidak pernah mementingkan negara, bangsa dan familinya. Hal inilah yang meyakinkan dunia bahawa
Rasulullah (s.a.w.)
sedang
bekerja
untuk kebajikan manusia sejagat tidak kira bangsa atau ras
dan hal ini juga yang menarik
manusia kepada pergerakannya. Jika baginda mementingkan kaum familinya, orang-orang bukan dari Bani Hashim tidak ada tempat langsung di dalam
pergerakannya. Jika baginda ingin mengekalkan kekuasaan orang Quraisy, orang-orarig bukan Quraisy tidak
ada galakan mengambil peluang dalam pekerjaannya. Jika baginda mengutamakan
bangsa'Arab,
tidak
ada sebab
Bilal dari
Abyssinia, Suhaib
dari
Itali
dan Salman dari
Farsi menyokong
da'wahnya..
Apakah hakikatnya yang
menarik setiap
orang ialah ketuhanan yang suci dan
tulin. Tidak ada kepentingan diri langsung padanya dan bebas dari motif persendirian, famili, kaum dan kebangsaan.
Apabila baginda terpaksa meninggalkah Makkah, semua wang dan
harta yang disimpankan
kepadanya oleh musuh
diamanahkan
supaya dikembalikan
kepada empunyanya. Kalau
orang lain
tentu
mempunyai berbagai motif untuk melarikan apa-apa harta yang di
dapatinya. Tetapi hamba Allah ini memulangkan semua harta-harta itu di sa'at musuh-musuh yang dahagakan darahnya membuat
keputusan untuk membunuhnya. Tindakan Rasulullah (s.a.w.)
sangat menakjubkan penduduk- penduduk Makkah, dan saya pasti bahawa dua tahun kemudian semasa
peperangan Badar mereka
masih merasai yang mereka sedang berperang dengan orang yang
tidak pernah menganiaya mereka walaupun mereka
merancang
membunuhnya
dan sebenamya,
telah tekad untuk
melakukannya.
Apabila mereka mengangkat pedang untuk menentangnya kerana degil dan marah membabi-buta, mereka tentulah merasai keinsafan di dalam hati masing-masing. Ini mungkin salah satu sebab moral yang membawa kepada kekalahan orang- orang Musyrikin di dalam peperangan
badar.
Setelah tiga-belas tahun di dalam
peperangan yang pahit, tibalah masanya untuk membentuk sebuah negara kecil Islam di Madinah. Pada ketika itu terdapat 400 orang pekerja-pekerja Islam yang telah dapat latihan penuh dalam Islam dan berkemampuan menjalankan apa-apa tugas sebagai seorang
Islam. Orang-orang ini telah sedia menjalankan tugas di dalam
negara Islam yang baharu dibentuk. Sepuluh tahun Rasulullah (s.a.w.) membimbing sendiri hal
ehwal negara itu dan dalam masa yang pendek ini
telah melatih hingga sempurna ribuan manusia untuk menyelenggarakan setiap jabatan
kerajaan secara Islam dan sepenuh masa.
Ketika inilah ideologi Islam berubah dari idea menjadi satu
sistem sosio-politik yang sempuma dan setiap aspek pentadbiran, pendidikan, pengadilan,
ekonomi, kebudayaan, kewangan, ketenteraan dan polisi antarabangsa Islam
telah
menjadi terang dan nyata. Semua
prinsip hidup dikemuka dan dipraktikkan
dalam
kehidupan hari-hari
pekerja-pekerja
( Islam
dalam semua bidang disediakan melalui pendidikan, latihan dan pengalaman praktik dan mereka ini telah memberikan contoh yang baik kepada
kerajaan Islam hingga dalam
masa sepuluh tahun sahaja negara kecil Islam di Madinah telah berkembang hingga meliputi seluruh 'Arabia. Orang-orang yang melihat Islam dipraktikkan dan menyaksikan keputusan yang konkrit telah yakin bahawa inilah kemuncak kemanusiaan dan di dalam masyarakat demikian sahajalah
keselamatan
sebenar
manusia
akan
terjamin. Musuh ketat yang bertahun-tahun berperang telah menerima kebenaran. Khalid Ibnu Al-Walid menerimanya; Ikramah Ibnu Abu Jahal tunduk kepadanya dan begitu juga Abu Sufyan (pembunuh Sayyidina Hamzah Ibnu
'Abdul Mutalib) memeluk Islam ; dan juga Hindun yang memakan
hati bapa saudara Baginda,
berjalan ke khemah Rasulullah,
(s.a.w) orang
yang
paling
di bencinya.
Ahli-ahli sejarah
telah memberikan lebih penekanan
kepada peperangan
agama Rasulullah (s.a.w.) hingga ramai orang yang terkeliru dan percaya
bahawa Revolusi
Islam di 'Arabia dijalankan secara kekerasan dan tumpah darah.Tetapi hanya di antara seribu ke seribu,dua ratus sahaja yang terbunuh di
kedua-belah pehak di dalam peperangan selama lima
tahun hingga tertakluknya seluruh negara 'Arab. Jika dibandingkan dengan revolusi-revolusi yang telah
berlaku kemudian kita dapat mengatakan Revolusi Islam adalah satu revolusi tanpa penumpahan darah (bloodless revolution). Dan Revolusi Islam ini bukan sahaja menukar pentadbiran negara tetapi telah menukar mental
dan pandangan moral manusia.
Seluruh aspek kehidupan
di dunia'Arab mengalami perubahan. Ia bukan sahaja
satu reformasi politik dan sosial. Seluruh asas kebendaan dan akhlaq telah menjalani Revolusi.
Bekas-bekas penzina telah
berubah menjadi pembela
kehormatan kaum wanita. Manakala kaum pemabuk menjadi ketua pergerakan pengharaman pula. Orang-orang yang
hidup mencuri dan
sebagai petualang telah menjadi
terlalu jujur sehingga mereka enggan menerima
makanan dari kawan- kawan kerana terasa sebagai
mengambil harta orang lain; hingga Allah sendiri menjamin di dalam Qur'an mengatakan tidak salah
menerima
makanan-makanan itu. Orang-orang
yang hidup menyamun menjadi terlalu 'alim hingga seorang askar dari kalangan mereka telah menyelimuti mahkota Raja
Farsi
yang mahal itu dengan kain dan diserahkan kepada panglimanya di waktu malam semasa penaklukan Ibu Kota Farsi. Ini dilakukan
kerana takut kejujurannya dicemari
oleh hipokrit.
Orang yang
tidak
mempunyai
hormat kepada nyawa manusia
dan
telah biasa menanam
anak perempuan mereka
hidup hidup telah menghormati kesucian sehingga mereka tidak boleh melihat
orang menyembelih ayam dengan kasar.
Orang yang tidak pernah tahu apakah kebenaran dan keadilan telah menjadi terlalu jujur. Ini ternyata di perjanjian Khaibar apabila
seorang pemungut cukai menolak rasuah dari seorang Yahudi. Dia mengambil harta itu lalu dibahagi dua dan disuruhnya orang Yahudi itu memilih bahagiannya dan
tinggalkan bahagian kerajaan.
Orang Yahudi itu
sangat kagum dengan kelakuan pelek pemungut
cukai dan berseru dengan sukarela, "Inilah kebenaran yang menjadi asas bumi dan langit."
Di antara mereka muncul gabenor-gabenor yang tinggal di rumah sendiri, bejalan kaki; tidak ada pengawal di rumah dan
boleh ditemui setiap masa. Di antara mereka terdapat seorang Hakim yang menolak rayuan khalifah kerana khalifah
tidak
dapat mengemukakan
seorang saksi lain kecuali
anaknya dan seorang hamba. Di
antara mereka terdapat seorang general yang memulangkan jizyah orang-orang kafir. Dia tidak berhak mengambilnya sebab askar-askar Islam telah terpaksa berundur. Di antara mereka lahir seorang duta yang pernah memberi tunjuk cara di
istana Farsi tentang prinsip kesamaan dalam Islam dan mengkritik sistem Mas di Farsi. Cuma Allah sahaja yang tahu berapa ramaikah askar-askar Farsi yang kagum dengan agama kemanusiaan ini.
Ada rakyat yang datang
menyerah diri kerana berbuat salah
dan minta dihukum
di dunia ini kerana mereka tidak ingin berdepan
dengan Allah kerana kesalahan mencuri
atau berzina di hari Akhirat. Terdapat askar-askar yang berperang bukan kerana upah tetapi kerana kepercayaan yang dianuti. Mereka pergi ke medan perang dengan perbelanjaan sendiri
dan semua barang rampasan diserahkan kepada general mereka. Dapatkah tranformasi akhlaq dan sikap begitu sempurna dilakukan cuma melalui peperangan atau paksa? Bahan-bahan sejarah berada di depan saudara. Dapatkah saudara memberi misalan di mana pedang telah berhasil menukar keseluruhan akhlaq manusia?
Kelihatan sangat mengkagumkan; di
dalam masa tiga belas tahun pertama cuma tiga ratus orang saja memeluk Islam tetapi sepuluh tahun kemudian
seluruh 'Arabia telah menganut agama Islam.
Orang
yang tidak dapat menyelesaikan masalah sulit
ini memberi berbagai sebab yang pelek-pelek. Tetapi perkara ini terlalu nyata. Selagi hidup tidak dirancang mengikut
ideologi baharu ini selama itulah mereka tidak akan faham apa yang hendak dilakukan oleh pemimpin agung jenis ini. Bermacam- macam kekeliruan muncul di jiwa mereka. Setengah mengatakan dia sudah hilang 'aqal. Ada yang mengatakan dia menerima wahyu dan begitulah komen mereka di atas perkara itu. Cuma manusia yang 'arif dan dapat melihat dengan nyata kesejahteraan manusia sahaja mempercayai Mubammad (s.a.w.). Tetapi apabila satu sistem yang syumul dibina, dari ideologi ini
dan manusia
selidiri mengalaminya;
apabila mereka melihat sendiri kejayaan
yang konkrit, fahamlah mereka apa yang menyebabkan hamba Allah ini menghadapi bahaya dan kesusahan. Lepas ini tidak ada ruang lagi untuk was-was, degil dan prasangka.
Mereka yang dapat melihat dan waras tidak dapat menolak hakikat yang benar ini.
Saudara-saudara,
Inilah qai'idah yang dituntut
oleh Islam untuk
mengadakan revolusi sosial. Inilah cara menjalankannya.
Ia bermula dengan seruan
kepada Allah dan menjemput manusia meninggalkan hidup mementingkan
diri sendiri
dan pertahankan moral.
Lepas itu ia mula
bergerak
ke depan. Manusia menganggap ini satu miracle (mu'jizat) dan tidak boleh berlaku lagi. Cuma Rasulullah (s.a.w.) saja patut datang dan melakukannya. Dari pengetahuan sejarah kita tahu itu adalah kejadian natural. Kita boleh dapati pertalian yang logik dan saintifik di antara sebab dan musabbab (cause and effect).
Jika kita bertindak demikian, Insya Allah kita
akan
mendapat keputusan
yang sama. Telah menjadi kenyataan
dalam tugas ini memerlukan kualiti kepercayaan, fahaman Islam yang sejati, satu tujuan, kuasa pengadilan yang kuat dan
pengorbanan kepentingan sendiri
dan tamak dengan sepenuhnya.
Orang-orang yang kuat tekad dikehendaki di dalam tujuan ini
dan
apabila menerima kebenaran akan menumpukan sepenuhnya tanpa menghirau perkara-perkara lain. Walau apapun tejadi di atas dunia ini mereka tidak akan berganjak
walau seinci pun dari jalan yang digariskan oleh Al-Qur'an. Mereka mesti bersedia mengorbankan segala prospek kejayaan di dunia. Mereka mesti tidak ragu-ragu lagi untuk memeranjatkan harapan ibubapa
dan kawan-kawan. Mereka tidak
boleh berasa hiba kerana terpisah dari keluarga dan sahabat handai. Mereka mesti bersedia untuk berjuang menentang apa saja:
EmoticonEmoticon