Terdapat suatu pertelingkahan pendapat di kalangan kita, bahawa jika orang-orang Islam diselenggarakan secukupnya dan diperkembangkan perpaduan di antara mereka, itu adalah penawar bagi segala penyakit. Adalah difikirkan, untuk mencapai cita-cita negara Isam atau
"Islam bebas dalam negara
Isam bebas" hanya menerusi satu
jalan sahaja iaitu dengan menyatukan semua orang perseorangan dari
negara-negara Islam dan wujudkan satu
organisasi pusat yang bertanggungjawab
kepada pucuk pimpinan pusat.
Sesungguhnya qa'idah di atas adalah program nasionalis. Qa'idah ini digunakan oleh negara-negara yang ingin gagah dan berkuasa tidak kira sama ada ia negara'Arab atau
India, German atau Halian.
Seorang pemimpin yang berbakti kepada negara, yang menukar rancangan-rancangan dan strategi-
strateginya untuk kepentingan semasa dan mempunyai bakat pimpinan semula-jadi tidak kira dia itu Moonje atau Savarkar,
Hitler atau Mussolini.
Dan ratusan ribu
rakyat yang bersatu dan tunduk kepada ketuanya untuk kepentingan ideal negaranya boleh menaikkan taraf negaranya, tidak kira
sama ada mereka percaya kepada ideal Cina atau Jepun.
Di zaman ini, jikalau sebuah negara Islam itu,
telah
Isam dari segi sejarah atau mempunyai
ramai penganut-penganut Islamnya, kalau hendak menguatkannya kita boleh saja menggunakan qa'idah di atas.
Orang-orang-Islam bolehlah
megikuti jalan cita-cita kebangsaan yang lazim digunakan di Barat dan keputusannya tentulah akan terbentuk sebuah negara kita sendiri atau
sekurang-kurangnya kita mendapat bahagian yang 'adil dalam pemerintahan
negara kita. Tetapi
qa'idah tersebut
bukanlah bercirikan Revolusi Islam atau pembentukan negara Islam tulin tetapi merupakan proses yang bertentangan yang akan membawa kita ke belakang.
Masyarakat yang kita kenali sebagai
"masyarakat Islam"
masa kini adalah campuran dari berbagai bangsa yang mempunyai kelakuan yang berbeza. Dari kaca-mata kelakuan
akhlaqnya, anda akan lihat berbagai jenis
kelakuan sama seperti yang anda lihat pada orang-orang bukan Islam. Jumlah
orang- orang Islam yang berbohong dalam
mahkamah mungkin sama banyak dengan orang-orang yang bukan
Islam. Begitu juga orang-orang
Islam tidak ketinggalan
di dalam rasuah, mencuri, berzina, berbohong
dan lain-lain. Semua cara hidup yang digunakan oleh orang-orang bukan Islam telah digunakan oleh orang-orang Islam.
Seorang peguam Islam
yang mengetahui bahawa pelanggannya bersalah, tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah untuk menolong melepaskannya seperti peguam bukan Islam. Seorang aristokrat Islam bila berjumpa dengan kekayaan atau pegawai Islam dalam satu-satu
jabatan akan berlagak seperti orang bukan Islam. Untuk menyatukan unsur-unsur sedemikian ke
dalam satu organisasi dan mengajar mereka melalui latihan politik tentang kecerdikan dan kecurangan sang
kancil atau
latihan ketenteraan supaya berani seperti serigala,
mungkin berjaya
mendapatkan sebuah kerajaan rimba (Kingdom of
the jungle), tetapi saya tidak dapat memikirkan bagaimana mereka akan memperolehi
kerajaan Alah dengan cara-cara serupa itu. Siapa
akan mengakui ketinggian akhlak mereka? Siapa akan tertarik kepada Islam bila berdamping dengan mereka?
Dengan kepimpinan begitu dapatkah mereka mengulangi perubahan seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an: "Mereka akan masuk Islam beramai-ramai?" Di manakah kepimpinan ruhaniyah mereka akan diterima? Di rantau manakah orang-orang yang tertindas (mustad'afin) akan mengalu-galukan
mereka sebagai penyelamat? Tugas memuliakan
"Perkataan Allah"
memerlukan sekumpulan manusia yang takut kepada Allah dan mengikuti undang-undang Allah
tidak kira rugi atau untung dan tidak kira sama ada mereka datang dari masyarakat Islam atau tidak. Dua tiga orang seperti itu lebih baik dari sekumpulan besar seperti
yang saya sebutkan tadi.
Islam ditegakkan
bukan
bertujuan untuk menukarkan wang tembaga dengan mohor emas. Sebelum melihat kepada rupa wang itu, Islam cuba
mengkaji kalau-kalau ada emas dibawahnya. Satu dari wang emas itu lebih baik dari
timbunan wang emas yang palsu.
Kepimpinan yang dikehendaki Allah untuk keagunganNya adalah jenis
yang mengikut prinsip-prinsip Islam, tidak kira apa akan terjadi, walaupun orang-orang Islam akan musnah kerana kelaparan atau mati dibunuh. Kepimpinan
yang mementingkan
hanya masyarakatnya sahaja dan tidak mengikut
prinsip-prinsip Islam yang
menjamin keselamatan dunia;
kepimpinan yang seperti ini tidak layak untuk menjunjung ideal Islam yang ditetapkan untuk penganutnya. Sistem pendidikan dan latihan yang menganjurkan kepada manusia supaya mengikut
peredaran masa tidak dapat berkhidmat kepada agama yang menyuruh manusia melalui jalan yang
ditetapkan oleh Allah walaupun dunia berada di berbagai jalan.
Saya pastikan bahawa kalau saudara diberi
satu wilayah untuk diperintah secara Islam, saudara tidak akan
dapat melaksanakannya walaupun untuk satu hari sahaja. Saudara belum membuat persediaan untuk melatih atau mengajar orangramai dengan jiwa akhlak dan sikap intelek yang diperlukan untuk mentadbirkan negara Islam seperti dalam polis, tentera, mahkamah, hasil dan memperkuatkan polisi kewangan, pendidikan
dan dasar luar. Kursus yang diajar di Universiti-universiti dan maktab-maktab
sekarang akan mengeluarkan setiausaha-setiausaha dan menteri-menteri untuk negara bukan Islam.Tetapi tidak akan dapat mengeluarkan walaupun seorang peon di dalam mahkamah Islam atau seorang anggota konstabel di dalam polis Islam. Kelemahan ini bukan saja terdapat di dalam
sistem pendidikan
masa kini. Sistem pendidikan lama yang
tidak mempercayai peredaran bumi pun tidak berguna
dalam
kaca-mata ini
dan tidak dapat
menyumbangkan kepada negara
Islam
walaupun
seorang qadi, menteri kewangan atau
pengarah pelajaran. Dengan persiapan
yang lemah, penciptaan
sebuah negara Isam akan tinggal impian sahaja. Mereka-mereka yang bercakap dalam nada ini
terlalu
buta dalam konsep negara Islam yang sebenarnya.
Ada orang yang berpendapat bahawa bila
saja terbentuk sebuah negara orang-orang Islam, walaupun tidak bercorak Islam, ianya
akan
dapat ditukar "beransur-ansur" kepada negara Islam melalui pendidikan, latihan dan reformasi akhlak. Tetapi mengikut sejarah, politik dan sosiologi perkara ini tidak pernah berlaku. Jika rancangan itu berjaya,
saya akan anggapkan sebagai
miracle. Seperti yang saya telah terangkan, bentuk organisasi sesebuah negara mempunyai akar dalam kehidupan
sosial. Selagi tidak ada perubahan dalam unsur sosial,
selama itulah perubahan yang kekal secara artificial tidak akan berlaku di dalam mana-mana sistem pemerintahan.
Seorang Khalifah
yang berkuasa seperti 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz
yang dibantu oleh orang-orang yang dilatih oleh sahabat-sahabat Rasilulah (s.a.w.) gagal untuk
membuat reformasi ke atas pemerintahan
Umaiyyah kerana masyarakat tidak
bersedia untuk direformasikan. Orang-orang yang berkebolehan seperti Mubammad
Tughluq dan Aurangzeb
'Alamgir tidak dapat menukar sistem pemerintahan. Bahkan Khalifah Makmur al-Rashid yang
maukan sedikit perubahan dalam kerajaan Abbasiyah
telah
gagal. Ini berlaku di masa kekuasaan dan kekuatan orang-orang perseorangan dapat menjadi satu ideal.
Saya tidak dapat
memahami bagaimana sesebuah negara yang diasaskan atas dasar demokrasi boleh melalui proses dasar transformasi begitu. Di
dalam nagara demokrasi, kekuasaan dipegang oleh orang yang dipilih oleh
pengundi. Jika pengundi-pengundi tidak memiliki mentaliti
Islam yang sebenar dan sikap akhlak yang dipelupuri Islam, jika mereka tidak dapat menerima taraf kejujuran dan kesucian akhlak secara Islam, dan jika
mereka tidak dapat menerima keadilan dan prinsip-prinsip perjalanan
negara Islam, pengundi-pengundi tidak akan dapat
mengundi orang-orang Islam yang sebenamya ke parlimen atau dewan negeri.
Dalam keadaan ini, kekuasaan akan jatuh ke
tangan orang-orang yang "mengaku" dirinya Islam tetapi idea-idea dan tingkah
lakunya tidak bercorak Islam. Jika kekuasaan berada di dalam tangan orang- orang seperti ini, samalah seperti kita berada di bawah kekuasaan orang-orang yang bukan Islam. Kita munQ;kin berada di dalam keadaan yang lebih buruk dari itu, kerana negara yang berlebelkan Islam akan lebih
berani
lagi dari
negara-negara bukan Islam di dalam melakukan
penekanan ke
atas Revolusi Islam. Negara Islam palsu itu akan menghukum bunuh pejuang-pejuang pada hal negara Revolusi Islam yang tulin akan memenjarakan sahaja bagi kesalahan
yang serupa.
EmoticonEmoticon