Sekarang kita mesti
timbangkan apakah bentuk negara yang
dipanggil "Negara Islam". Bersangkutan dengan ini, saya akan tunjukkan tanda paling nyata negara Islam ialah kebebasan keseluruhannya dari apa bentuk dan pengaruh nasionalisme, secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah sebuah negara yang
didirikan dengan pengecualian prinsip-prinsip. Saya akan
panggil negara ideologi. Sebuah negara yang mempunyai asas dan prinsip-prinsip moral tertentu dan bebas dari semua idea kebangsaan
atau
ras telah dikenali dunia cuma sekali saja dan kebaikan-kebaikannya tidak dimuliakan hingga ke hari ini.
Dalam zaman purba manusia cuma mengetahui pemerintahan oleh keluarga atau kelas. Lepas itu mereka mengalami pemerintahan bercorak
ras
dan kebangsaan. Tetapi idea sebuah negara diselenggarakan atas prinsip-prinsip tertentu dan diperintah oleh sekumpulan
orang yang terdiri
dari berbilang kaum yang menerima
prinsip-prinsip
itu
sebagai
asas
hidup mereka -sosial, ekonomi, politik-
penerimaan
prinsip-prinsip
sebegitu: menjadi hak mutlak untuk dapat bersuara
dalam pemerintahan,
ini
tidak pernah
terlintas di
fikiran
manusia. Kristian pun mengandungi satu pengamatan yang samar-samar
tentang kebenaran ini tetapi ia tidak dapat menumbuhkan satu sistem idea-idea yang cukup sebagai asas bagi penubuhan negara serupa itu.
Dalam revolusi Perancis,
kita dapati sejenak idea penubuhan sebuah negara yang berasaskan prinsip-
prinsip, tetapi
ia segera lenyap dalam kegelapan
nasionalisme. Komunisma
memang
dengan
giat mengajar hal ini
dan telah cuba mendirikan sebuah negara dengan asas ini
supaya dunia meminati percubaan-percubaan Rusia ini. Tetapi semangat liar nasionalisme telah menguasai negara Komunis
dan mencucukkan racunnya hingga ke
akar-akarya sekali. Dari dahulu hingga sekarang cuma sistem Islam saja di dunia ini,
yang menyusun negara mengikut asas ideologi, yang bebas dari segala bentuk nasionalisma
dan mengundang manusia membentuk negara tidak berkebangsaan dengan menerima asas-asas ideologinya. Oleh kerana perkara ini
baru
dan dunia keliling sedang bergerak
ke arah yang bertentangan, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, tetapi orang orang
Islam sendiri pun tidak dapat menyedari sepenuh implikasinya. Idea ini
terkeluar langsung dari pencapaian orang orang Islam yang
lahirnya Islam, tetapi mendapat
pendidikan dan
latihan-latihan Barat,
yang
mempunyai pandangan hidup dan sejarah yang dipinjamkan dari
sejarah dan politik Barat. Akibatnya ternyata di negara kita di mana orang-orang Islam lebih ramai dan merdeka, tetapi umat manusia jenis ini terus
mengendalikan kerajaan. Mereka tidak nampak bentuk pemerintahan atau
sistem negara yang
lain
kecuali pemerintahan
nasional dan negara nasional. Ini
disebabkan mereka tidak mempunyai
pengetahuan Islam dan
tasawwur Islam
terhadap masalah
hidup dan
tidak mempunyai
konsep sebuah negara yang diasaskan
dari kumpulan moral-moral tertentu dan prinsip kerohanian, bukan prinsip ras atau kebangsaan.
Di rantau ini terdapat juga orang-orang yang mendapat latihan-latihan mental yang terlibat
dengan kesalahan-kesalahan
yang sama. Mereka inginkan sebuah negara Islam, tetapi oleh kerana latihan- latihan mental yang ganjil dan berlatar-belakangkan sejarah politik Barat, mereka tidak mempunyai rancangan hidup yang lain
selain dari kehidupan dan sejarah kebangsaan negara-negara di Eropah. Secara sedar atau
tidak, mereka telah menjadi mangsa ideologi nasionalis; dan apa-apa rancangan yang difikirkan semuanya bercorak nasionalisma. Mengikut mereka bentuk masalah yang
menghadapi kita ialah: Orang-orang Islam
adalah satu kumpulan "nasionalis" yang berasingan seperti Hindu, Inggeris
dan Perancis
dan
mereka
mempunyai
kebebasan
untuk
tegak
sendiri
di bawah
negara
dan pemerintahan sendiri. Walau bagaimana sekalipun mereka memeras otak,. mereka tidak dapat memikirkan jalan lain bagi mencapai objektif ini kecuali sebagai
sebuah negara, orang-orang Islam patut
mengikut qaa'idah-da'idah dan strateji yang sama seperti kumpulan negara-negara nasionalis lain di dalam sejarah.
Dalam lain perkataan, unsur-unsur nasional
mesti dipeterikan terlebih dahulu; semangat kebangsaan
yang kuat mesti dicurahkan; mereka mesti
dipimpin oleh pihak berkuasa pusat; mereka mesti merancangkan pengawal kebangsaan sendiri; mereka patut memiliki tentera kebangsaan;
bila mereka sudah menjadi majoriti,
mereka patut membentuk sebuah negara demokrasi atas
dasar pemerintahan golongan majoriti; di mana mereka merupakan kaum minoriti, hak-hak asasi mereka sebagai kaum- kaum minoriti
di
negara-negara lain yang meminta perlindungan sedemikian rupa: dalam perkhidmatan, yayasan pendidikan dan
badan-badan berkanun mereka diwakilkan dengan betul, wakil-wakil mereka mesti dipilih oleh mereka sendiri,
dan mereka patut diberi bahagian
di dalam kementerian-kementerian.
Demikianlah idea-idea dan
qaidah-qaidah mereka. Jelas semuanya dipinjam dari
konsep sistem negara Barat dan mereka yang mengambil cara dan strategi di atas bercakap dalam nada Barat, tentang resolusi
pembentukan
negara
Islam . Mereka ini juga menggunakan
istilah-istilah
Islam
seperti:
'Ummah', 'Agama', 'Sultan', dan tunduk kepada
Sultan, yang mana maknanya dalam
istilah-istilah Islam berbeza dari apa
yang
difikiran oleh mereka, apabila mereka menggunakan perkataan-perkataan
tersebut. Bagi
mereka
bagaimanapun, perkataan-perkataan
Islam ini seperti dengan
istilah nasionalisma,
dan nasib baik pula, perkataan-perkataan itu sedia ada dalam kesusteraan Islam dan sekarang dipergunakan secara bebas
sebagai pakaian idea-idea bukan Islam dalam aada-nada yang diperolehi dari Barat.
Jika anda memahami corak sesebuah negara Islam yang berasaskan prinsip-prinsip kerohanian dan akhlak, dengan
senang anda akan menyedari
tentang sikap pemikiran dan tindakan serta
rancangan
kerja tersebut tidak dapat dijadikan tapak permulaan
ke arah cita-cita negara
berideologi.
Kita tinggalkan soalan pengunaannya dalam peringkat
akhir pergerakan itu.
Juga idea-idea dan tindakan serupa itu kelihatan mudarat kepada perkembangan dan evolusi sesebuah negara yang akan diasaskan
di atas prinsip-prinsip bukan kebangsaan.
Asas awal negara berideologi ialah kita menolak semua soalan tentang kaum, klas dan
bangsa dan melihat manusia
sebagai makhluk berakhlaq dan kerohanian. Bukan
bangsa yang kita perihalkan
tetapi sifat-sifat kemanusiaan mereka. Kita
hadapkan kepada mereka prinsip-prinsip tertentu untuk tindakan dan satu kumpulan kepercayaan di mana mereka
perolehi dan dapat mendakwa prinsip- prinsip itu meletakkan asas kebudayaan sejagat dan sistem negara-bukan-nasiona1 yang akan membimbing manusia ke arah keamanan sejati di di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menerima prinsip-ini berhak
mendapat hak-hak yang sama di dalam menyelenggarakan
sistem
negara
yang
diserahkan ke atas mereka.
EmoticonEmoticon