Dalam perjumpaan
para
cendekiawan ini, saya
tidak akan
mengambil
masa yang panjang
untuk menerangkan bahawa sesebuah negara (dalam bentuk apa
sekalipun) tidak muncul secara artifisial;
bukan seperti barang buatan yang disiapkan di suatu tempat dan dihantar ke tempat tertentu
mengikut kehendak hati manusia. Tetapi ia adalah hasil
sampingan asli permainan antara faktor-
faktor,
saikologi, kebudayaan
akhlak dan sejarah
yang sedia ujud di sesuatu tempat.
Sebelum ia muncul dari tekanan-tekanan kejadian, sesuatu keperluan
awal mesti dipenuhi, sesuatu daya tertentu tercipta dan sebahagian keperluan tabii dipuaskan.
Seperti dalam logik
keputusan deduktif selalu diikuti dengan pengaturan dasar-dasar; dalam kimia sebatian didapati dari campuran
dan tidak dapat disangkal
lagi dalam sosiologi, sesebuah negara
adalah hasil tabii keadaan-keadaan yang sudah wujud di dalam sesuatu masyarakat tertentu. Sekali
lagi, sifat negara ditetapkan secara keseluruhannya oleh sifat keadaan-keadaan
yang menyebabkan
kelahiran dan penubuhannya. Juga tidak mungkin dasar-dasar itu cuma
satu jenis sahaja dan susunan mereka mungkin membawa keputusan
yang berbeza. Unsur dalam bahan-bahan kimia mungkin sama tetapi
bila dicampur kita
akan dapati sebatian
yang
berlainan
jenis;
benih mempelam mungkin menjadi mangga; begitu juga kemungkinan
keadaan-keadaan wujud
menggalakkan perkembangan sesuatu jenis negara dan telatah interaksi bersama mereka mungkin juga
sesuai bagi perkembangan
negara yang serupa,
tetapi selepas melalui beberapa peringkat evolusi, muncullah negara yang sangat
berbeza dan operasi tenaga tertentu yang menghendakkan sesuatu bentuk negara akan melahirkan sebuah negara yang termasuk
ke dalam kategori lain sama-sekali.
Diharap janganlah
memikirkan
saya
membawa
doktrin
determinisms
di
sini dan menyangkal kebebasan kehendak manusia.
Kemahuan dan tindak-tanduk orang-orang perseorangan dan masyarakat memainkan peranan
yang amat penting
dan tidak dapat disangkal lagi di dalam menentukan aliran sesuatu negara.
Bagaimana bentuk sistem yang dikehendaki untuk menciptanya? Oleh yang demikian mustahaklah diambil dan dipilih cara yang sesuai dengan corak dan semangat sistem pilihan, dan turutlah jalan aksi yang sesuai ke arah itu. Adalah mustahak bagi sesuatu bentuk pergerakan berkembang dan diserap oleh semangat yang sama; satu aliran watak penduduk terbanyak diacukan; akhlak masyarakat yang sama dikembangkan; buruh yang serupa dilatih dan kepimpinan yang serupa patut dilahirkan; dan tindakan bersama yang berpaut kepada aliran sesuatu sistem negara yang diingini kelahirannya.
Apabila semua ini
berjaya dikendalikan dan tenaga-tenaga yang diperlukan serta faktor-faktor yang sesuai, diteruskan operasi bagi
suatu jangka masa yang cukup dan keputusan operasi itu, mereka telah melawan pengaruh-pengaruh luar yang bertentangan dengan semangat, justeru lahirlah, dari
urutan peristiwa-peristiwa, sejenis aliran tenaga-tenaga yang kuat. Ini sama juga dengan anak benih yang telah
cambah menyambung hidup dengan daya sendiri dan lepas itu akan membesar dan berbuah sesuai
dengan bentuk semulajadi. Jika anda timbangkan fakta ini, anda akan mendapatinya, bila sesuatu jenis aliran pergerakan, kepimpinan, watak
terbanyak dan akhlak
masyarakat telah muncul dengan bentuk yang
sesuai dengan bentuk tetap sistem negara. Akan tetapi digembirakan harapan, lanjutan dari itu, satu sistem negara yang berbeza sama-sekali akan diciptakan. Ini cuma sesuatu keinginan
yang dimimpikan.
EmoticonEmoticon