Satu perkara terkemuka di dalam
negara
Islam iaitu
konsep
asas
yang
menjadikan dasar
luar manifestasi ialah kedaulatan suci. Teori asasnya ialah dunia dan segala yang ada di
dalamnya, dimiliki oleh Allah Yang Maha-Kuasa dan Dia
saja mempunyai kedaulatan. Tidak ada
orang perseorangan, famili,
klas atau negara atau semua manusia boleh menuntut kedaulatan sedikit ataupun banyak. Allah sahaja mempunyai kuasa undang-undang dan rhemberi perintah.
Negara, mengikut Islam, tidak lebih dari kombinasi manusia berkejasama sebagai hamba Allah untuk menjalankan kehendakNya dan
tujuanNya. Ini boleh berlaku dalam dua cara: sebahagian mereka patut menerima undang-undang negara dan perlembagaan asas secara terus dari Allah atau
dia patut
mengikuti bimbingan
orang yang menerima undang-undang dan perlembagaan serupa
itu. Dalam pejalanan negara, perserta-perserta
terdiri dari mereka yang mempercayai undang-undang ini dan bersedia mengikutinya. Mereka akan berkerja dengan perasaan
penuh tanggungjaawab secara
orang perseorangan dan (Jamaah)
kepada Allah, bukan kepada pengundi, raja atau diktator.
Mereka akan bergerak atas kepercayaan bahawa Allah mengetahui
segala-galanya sama ada nyata atau terselindung; mereka tidak ada harapan melepaskan diri dari kekuasaanNya walaupun selepas
mati. Tanggungjawab memerintah negara yang diamanahkan kepada manusia bukan untuk menguat- kuasakan undang-undang mereka sendiri atau mengenakan kehendak mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka dari bangsa lain, memerintah
mereka supaya
tunduk dan
memperhambakan diri, membolehkan mereka
membina istana-istana besar
dengan menindas rakyat
yang lemah dan tertindas (mustadh'afin),
pendeknya, semata-mata untuk mengejar kemuliaan diri sendiri.
Di suatu pehak yang lain mereka yang mengemudikan negara patut mempunyai perasaan bahawa beban yang dipertanggunajawabkan
ke atas mereka ialah, mereka patut menguatkuasakan undang- undang Tuhan, patut merasa bahawa jika melakukan walaupun kesalahan
yang kecil dalam mengikut dan menguatkuasakan undang-undang itu
ataupun berkesalahan yang kecil seperti tamak sebesar biji padi, prasangka, tidak jujur sedikit saja, mereka akan disoal di
hadapan Allah pada hari Hisab (Day of Judgement), walaupun
mereka terlepas dari seksaan di dunia.
Struktur besar kelakuan masyarakat dan
aksi politik Islam yang diujudkan atas asas teori
ini sangatlah
berbeza dengan negara lama dari
segi detail dan percabangannya. Di antara kedua bentuk kehidupan sosial dan politik tidak ada yang sama, sama ada dalam unsur-unsur yang menjadi kesatuan atau
dalam semangat dan sikap
yang
merupakan dasar mereka. Sistem negara
yang berasaskan
kepercayaan
kepada kedaulatan Allah dan perasaan tanggungjawab kepadaNya memerlukan sejenis tindakan secara jama'ah, atau perseorangan dan sikap mental yang tersendiri untuk menjamin kejayaannya. Tentera Islam , polis Islam, mahkamah undang-undang Islam, sistem pendapatannya (revenue system), cukai, pemerintahan dan
dasar luas, pimpinan mesa perang dan amen
-- semuanya berbeza dengan'pemerintahan sekular.
Hakim biasa dan hakim besar dari mahkamah
sekular tidak layak menjadi kerani atau peon dalam sistem kehakiman negara Islam itu. Seorang Inspektor-General polis dalam negara sekular tidak layak untuk menyandang sebagai polis biasa di sini;
General dan Field Marshals tidak layak diambil sebagai askar biasa. Menteri luar negara sekular tidak layak untuk sebarang kerja di
dalam sistem negara Islam,
mereka pastilah tidak dapat dielakkan dari dipenjarakan atas kesalahan kerana dusta, menipu dan tidak amanah.
Pendeknya, semua orang yang telah
dilatih untuk bertugas dalam negara sekular dan latihan moral dan jiwa yang dipadankan kepada semangat yang diserap dan segala
aktiviti negara sekular adalah tidak
layak
untuk sebuah negara Islam, yang memerlukan manusia yang sangat berbeza sebagai rakyat, pemilih,
penasihat, jawatan-kuasa, hakim-hakim, majistrit, ketua-ketua jabatan, panglima-panglima perang, duta-duta dan menteri-menteri --
secara ringkas, untuk semua lapangan masyarakat dan dalam jentera pemerintahannya.
Ia memerlukan manusia yang takut kepada Allah; bertanggungjawab kepada Allah; mementingkan akhirat dari
dunia; memandang berat tentang ketinggian dan
kerosakan akhlak lebih dari
yang lain; mengikuti
di dalam semua lapangan aliran tingkah-laku dan
garisan untuk bertindak yang
telah sedia dirumuskan; semua pejuangan`dan daya
tenaganya diarahkan untuk
mendapat
keredaan
Allah;
mereka tidak dipengaruhi
oleh motif nasional ataupun orang perseorangan;
mereka bukan hamba bakhil dan kuat
nafsu; mereka bebas dari berfikiran sempit dan
prasangka; tidak boleh dibeli dengan
wang, wanita jelita
dan kekuasaan; mereka tidak gila pangkat dan
kekayaan;
mereka mempunyai kekuatan peribadi yang dapat menolak semua godaan walaupun diletakkan semua isi
bumi dan semua kekayaan dunia di bawah telunjuknya tanpa pemeriksaan orang lain; tidak tidur malam bila mereka diamanahkan pemerintahan
negara
untuk menghilangkan segala ketakutan penduduknya tentang nyawa, harta benda dan kehormatan mereka; mereka sekalian para (tentera mujahidin Islam ) yang menakluk
sesebuah
wilayah
bukan
Islam telah membuangkan
segala
kebimbangan rakyat yang ditakluki di atas harta, kehormatan dan kekejaman pemerintahannya.
Di pehak
rakyat yang ditakluki pula, mereka mendapati suatu aliran
bimbingan hidup dan keselamatan harta dan kehormatan yang diberi kepada kaum wanita dari tiap-tiap askar mujahidin Isam yang datang; nama mereka begitu harum dalam arena politik antarabangsa sehingga seluruh
dunia boleh bergantung kepada mereka kerana
kejujuran mereka, mencintai
keadian, menurut prinsip-prinsip akhlak, dan memenuhi janji dan tanggungjawabnya.
Sesebuah Negara Islam cuma dapat dibentuk melalui orang-orang tersebut dan orang-orang yang berbudi pekerti demikian jua
yang dapat melaksanakannya. Manusia-manusia yang
memiliki mentaliti
kebendaan dan utilitarian, yang selalu datang dengan prinsip-prinsip baru dengan penegasan
kepada manfa'at perseorangan atau negara; tidak mempercayai A1lah
dan Hari Kemudian; polisi mereka berputar di
atas
keuntungan dan kerugian dunia, adalah terlalu tidak sesuai untuk mengujud atau memerintah negara Islam tersebut dan
menjadi ancaman kepada kestabilannya. Kemunculan mereka dalam negara itu adalah sebagai suatu cabaran kepada prinsip-prinsip yang didakwanya.
EmoticonEmoticon