Dengan berpandukan kepada gagasan negara Islam yang telah dibincangkan di atas, marilah kita pertimbangkan qa'idah untuk mewujudkannya. Seperti yang telah diterangkan pada permulaan lagi,
keadaan ideologi, akhlak dan kebudayaan yang ujud dalam sesuatu masyarakat itu adalah menjadi
ukuran bentuk negara yang sesuai kepada mereka.
Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari
kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga.
Sesebuah negara Islam tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti
dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup, ideal, taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang
selaras dengan Islam. Pernimpin-pemimpin dan pekerja-pekerjanya mestilah dari orang-orang yang layak dari ukuran saikologi dan spiritual untuk dibentuk kepclda sifat tertentu.
Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap
mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat
dan di
atas asas kecenderungan
akhlak
dan intelek
yang dibentuk,
mereka mesti
membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan
Islam. Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam ,
ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada orang-orang yang
berideologi Isam dan telah betul-betul
bersemangat, orang-orang yang berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan
kehidupan praktik yang diasaskan
atas prinsip-prinsip Islam
dan mempunyai cukup tenaga
untuk
menentang pemimpin- pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.
Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu
mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di
sekeliling kita
di dalam dunia
luas.
Dalam
perjuangan ini
para penyuluh jalan mesti
menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan
kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa. Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti. Ia
mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat.
Menerusi perjuangan sedemikian,
semua unsur-unsur dalam masyarakat yang
belum mempunyai kebenaran dan keadilan
akan tertarik kepada
pergerakan itu. Pengaruh dari mereka yang rendah mentaliti dan melalui tipu-helah akan dihilangkan oleh pergerakan serupa ini. Satu revolusi mental akan melaungkan satu sistem negara serupa ini, hingga suatu masa tidak dapat ditukarkan lagi ke suatu sistem lain. Akhirnya akibat yang tidak dapat dielakkan dan secara natural,
sistem negara serupa
ini ditubuhkan mengikut asas
dan lunas yang
tersedia dan selepas sahaja
sistem ini ditubuhkan,
jawatankuasa
dari
peringkat tinggi di
setiap pangkal
dan
peringkat
untuk
menjalankan
sistem pendidikan dan latihan yang saya telah sebutkan di atas.
Saudara-saudara,
Inilah qa’idah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Saudara semua orang terpelajar dan sejarah revolusi dunia sudah saudara
maklumi. Saudara insaf bahawa sesuatu revolusi tertentu berkehendakkan satu
jenis pergerakan, satu jenis
pemimpin dan pekeja, dan suasana akhlaqnya.
Revolusi Perancis
maukan satu
jenis moral dan asas mental yang disediakan oleh pemimpin- pemimpin seperti Rousseau,
Voltaire
dan Montesqueu. Revolusi
Russia
dijayakan oleh
idea-idea Marx, pimpinan
Lenin
dan Trotsky
dan
ribuan
pekerja
yang dijiwai dengan komunis. Nasional Sosialism Jerman dapat berakar di dalam moral, saikologikal dan kebudayaan yang telah dicipta
oleh ahli-ahli teori seperti Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler. Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diujudkan apabila pergerakan beramai-ramai (Jama-a'ah) diusahakan pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan
contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana
dengan
perjuangan
kuat, akan
mengubah
intelek, akhaq dan
saikologikal dan asas kebudayaan masyarakatnya.
EmoticonEmoticon